Thursday 8 August 2019

STPM bukan pengakhiran.

ASSALAMUALAIKUM :)


Harini aku dan kawan-kawan aku semasa STPM 2016/2017 dijemput untuk berkongsi sedikit pengalaman sepanjang belajar di universiti. Untuk pengetahun aku baru sahaja selesai tahun pertama belajar di Universiti Malaya. Jadi aku sebagai wakil dari Universiti Malaya dan wakil dari Fakulti Perniagaan dan Perakaunan berkongsi serba sedikit apa yang aku lalui sepanjang aku belajar dekat situ.

Memandangkan aku orang kedua terakhir bercakap daripada sembilan orang, jadi aku tidaklah bercakap banyak sebab isinya lebih kurang sama lagipun dah agak lewat, students pun dah macam penat and boring. So aku make it short and simple.

Kawan-kawan aku masing-masing dari universiti yang berlainan, ada dari UiTM, UMK, UUM, USM, UKM and Taylor Universiti. Wah, aku sangat berbangga! Sebab tu orang kata STPM ni seolah - olah sebelah kaki sudah ada di Universiti. Sememangnya majoriti batch aku, alhamdulillah rezeki berpihak kepada mereka untuk ,elanjutkan pelajaran di universiti.


Jadi aku nak lari topik. Tadi aku bersiap macam nak pergi beraya dengan mengenakan solekan ala 'Peach look'. Cewah kan?! Look ni memang aku biasa apply bila aku keluar rumah sebab nampak simple and nice.

Okay, sekian terima kasih.

Tuesday 8 May 2018

Masalah besar ini perempuan.

ASSALAMUALAIKUM :)


Dulu aku hairan bila orang kata hobi dia makan, sampaikan aku pun naik menyampah. Macam takde benda lain ke kau nak buat selain daripada makan ? asyik makan je. Ye itu lah aku dulu. Tapi sekarang aku tidak lagi seperti yang dulu. Betul lah orang kata. Benda yang kita tak suka tu lah akan menjadi sesuatu benda yang sangat kita suka. Yeah! aku sekarang ni jadi pemakan tegar.

Aku sedih tau. Kenapa aku tak pilih benda lain instead of makan. Tambah-tambah bila duduk negara orang yang semestinya Islam bukan agama rasmi mereka. Aku dapat tengok je street food yang macam-macam bau. Bau yang sangat mengiurkan!!!

Lepastu bila dah kerja asyik nak makan je jangan cerita lah pasal body weight hahah, Sia-sia je aku diet macam nak mampus dulu. Orang offer itu ini aku tolak. Memang berjaya dapat berat yang aku nak. Tapi naik balik.Itu lah masalah besar yang aku alami sekarang.

Aku rasa macam tak patut je aku update pasal benda ni hahaha. Okay aku bosan sebenarnya. Moga-moga entry kali ni menjadi semangat untuk aku turunkan berat badan. Nanti dah kurus aku delete emtry ni. Sekian, wasalam. 

Monday 19 December 2016

Advice untuk lepasan SPM.

ASSALAMUALAIKUM :)
we heart it image
Sementara menunggu video Weighlifting Fairy Ep 2 meloading mai sat nak update hikhik. Layan Korea jugak aku. Ketinggalan banyakk sebab dah EP 10, tapi baru nak mengikuti sebab ingatkan tak best. Bila tertengok EP 09, eh best pulak. Actually lama dah tak buka blog. Baru harini bukak. Kekok jadinya sebab dah lain. Lama jugak duk pusing-pusing mouse ni cari mana pi semua reading list ni. Akhirnya jumpa jugak, sempat la komen 3-4 post. Ketinggalan lagi sekali. Okay dah boleh dinobatkan Mrs. Ketinggalan hakhaks (eh gediknya)

Straight to the point, oh sebelum tu aku baru je habis semester satu tingkatan enam. lagi 2 semester perlu kutempuh yuhuu. Bukan tak dapat U and Matriks, dapat tu dapat tapi tingkatan 6 feeling muda sikit masuk sekolah balik :P

Sebelum aku masuk tingkatan 6, aku bekerja as a Cashier. Almaklumlah baru lepas SPM, kepala tak fikir apa dah. Yang penting nak kerja dapat duit boleh shopping itu ini. Tapi pengakhirannya tak membawa kebahagiaan, kalau orang tanya nak kerja kat situ lagi or kerja Cashier lagi ke tidak. Jawapannya, tidak!. Aku malas.  So those for SPM leavers fikir masak-masak apa patut korang buat sementara menunggu panggilan kemasukan.

1. Kerja.
2. Masuk Shortcourse.
3. Tanam Anggur.

Untuk first option, banyak benda korang kena tengok. Aku tak galakkan kerja shift. Tak berbaloi kerja shift ni. Siryes cakap. Kalau shift malam balik pukul 12. and bukannya pukul 12 terus terpacak dekat rumah tau. Mesti singgah makan sat. Makan nasi ke jajan ke. And aku agak menyesal kat sini, aku gain weight sebab lifestyles aku masa kerja hari-hari macam tu. Sampai sekarang tak turun-turun, masih melantak macam takde hari esok. Ya allah deepnya :') Lagi satu, kerja tu solat jangan tinggal. Paling tak boleh blah dah masuk berapa bulan aku kerja, baru tahu kiblat tak cukup senget. Lagipun tu pasaraya baru. Haih so sediakanlah kompas ye adik-adik :)

Second option pulak, sangatlah digalakkan memandangkan umur masih muda dan bergetah hahaha. Korang masuk sini lagi berbaloi daripada kerja, at least ada input berguna. Masuk kelas menjahit ke buat kek ke apa-apa yang korang minat. Daripada ko kerja, balik penat-penat terus megholoh atas katil. Takde life betul. Aku rasa jeles bila ada kawan aku masuk shortcourse.
flowers, rose, and pink image
Last option terlalu susah untuk kupas. Baiklah, nasihat aku nak kerja tu boleh yang penting tahu manage duit. Silap aku tak simpan dalam bank, dapat cash habis macamtu je. Sedih. Sekian. Gambar ihsan dari we heart it. Sebenarnya banyak nak cakap, tapi panjang-panjang takde sapa nak membaca, jadi entry syok sendiri :P

Thursday 14 April 2016

Sedih dan agak menyedihkan.

ASSALAMUALAIKUM :)
Okay tak, actually aku dah move on dah tapi saja nak gi tahuu kesedihan aku. Ceh motif sangat. Tak lah sedih pun tapi kecewa sikit. Boleh faham tak perasaan aku ? It is something like bila baca novel ayat dia macam ni "....perasaan becampur baur". Yes! something exactly like that. Mungkin sebab aku terlalu excited pada awalnya dan sangat mengharap aku diterima last-last aku ditolak.

Bapak sedih do. Apa salah aku ? Yet, still diberi peluang. Tapi entah lah. Aku dah tawar hati. Kalau diterima pun aku tak nak pilih yang ni. Dah lah malas nak buat ayat pasrah. Ekceli rayuan matrikulasi aku ni entah kenapa macam tak proceed dengan betul. Katanya "Harap maaf, rayuan anda tidak tepat ke berjaya ke aku dah lupa ayat dia macam mana"
Nak try nasib aku buat rayuan sekali lagi. Jenis tak serik.
Tapi aku rasa ada sebab di sebalik semua ni. Mungkin aku lebih baik dekat IPT atau form six. Sapa tahuuu. Harap-harap parents aku tak tahu hal ni sebab dorang begitu high expectation dekat anak dia yang pemalas ni. Em. Kalau mak aku tanya "Aina, apa cerita matriks?" aku jawab je lah "masuk form 6 and if IPT panggil, keluar lah".

Buat sahabat-sahabat yang berjaya melangkah ke matrikulasi harap dapat buat yang terbaik. Untung taw korang dapat masuk pastu tinggalkan aku kat sini. Yes, nasib baik dah biasa takde lah culture shock hehehh. Nak kirim satu ni. Alang-alang korang tengah cari jodoh kat situ, aku nak jugak. Cari yang expert sains, especially biology supaya dia dapat mengira betapa infinitinya degupan jantung saat aku melihat dia. Puihhhh. Okay gurau. Takpayah carikan.