Showing posts with label cermin mata. Show all posts
Showing posts with label cermin mata. Show all posts

Monday, 28 December 2015

Kena tipu. Sedih. Depressed. Huks.

ASSALAMUALAIKUM :)

This picture supposed to be at previous post yang jatuh jamban tu tapi saje tempek sini hehehe.
Hari Sabtu lepas aku spend time dengan family mandi dekat Sunway Lagoon. At first aku letak specs dekat locker yang disewa but lepas dah settle mandi-manda aku malas nak pakai and just letak kat pocket seluar huhuhu. Rasa tak patut letak kat seluar, mana tahu tiba-tiba terpatah dua kang habisss... dah la tak sampai setahun.

Pastu bila dah sampai rumah aku keluarkan specs and letak kat atas apatah namanya tapi dia macam ni laaa...
Haaa nampak kegigihan aku search laman web Ikea huhuhu.

Bila dah lama-lama rasa macam ada something dekat pocket. Macam pen. Bila aku keluarkan...Ya Allah! hah suspend takk? Cermin mata yang sangkut kat telinga tu patah huhuhu tapi sebelah jelaa. The next day, alang-alang nak beli barang sekolah adik-adik aku kirimkan abah aku specs hanto kedai untuk repair.

Okay, ni yang aku nak cerita part kena tipu tu. Balik je dari repair tu aku tanya mama "berapa?" means that berapa upah repair lah. Mama cakap RM 5. And aku just like Ohhh.. takde niat nak bayar pun, just nak tahu jurr hahaha hodoh perangai.

Tak lama lepastu, abah cakap RM 50! and aku pun laju jela cakap "Eleyyy takyah nak tipu RM 5 je" tetiba adik aku menyampuk " eh bukan free ke?" Hah kat sini lah memasing gelakkan aku. Sama-sama berkerjasama nak memperdayakan insan yang lemah ni :3

Tuesday, 22 December 2015

Cermin mata jatuh dalam lubang jamban TT^TT

ASSALAMUALAIKUM :)
Cermin mata telah selamat dijatuhkan ke dalam lubang jamban pada hari Jumaat. Yeay! dan alhamdulillah masih boleh diselamatkan huhuhuhu. Tak sampai setahun kot pakai dah terjatuh.. sebelum ni baca kat blog orang dan takde perasaan pun bila dorang cakap cermin mata dorang jatuh kat jamban. Bila dah kena kat batang hidung sendiri. Hah! merasa la kau!

Weh! jamban cangkung pulak tu dan pastinya bukannya jamban kat rumah. But kat klinik. Yeah! nice place. Time tu aku ikut mak aku gi tempat kerja beliau aka klinik gigi. Terbantut nak menunaikan hajat. Time tu aku sangkut cermin mata dekat baju, gedik sangat tak nak pakai. Entah kenapa. At last meluncur jatuh masuk ke lubang.

Aku keluar tandas sambil tu cari sesapa yang ada kat depan tandas. Gratefully ada kakak sedang mengelap cermin mata beliau then, aku mintak tolong akak tu jaga kan tandas jangan bagi sesape masuk. Buat macam tandas sendiri pulak. Tapi aku tak sempat nak ucap terima kasih kat akak tu.

Aku gi pantry and alhamdulillah kebetulan doktor tengah duduk2 kat situ so aku minta plastik yang besar. Dorang pun cecepat tanya kenapa and aku jawab cermin mata jatuh. Ada lagi sorang doktor siap suruh amek glove lagi hahah. Aku apa lagi redah je bilik cek gigi tu amek glove.

Siap untuk memasukkan tangan hingga ke paras siku ke lubang jamban. Yeayyy!! silapnya aku termasuk tangan kanan huhuhu tapi takpe, dah sarung glove and plastik. First try nak amek aku saja capai2 tanpa berdoa, memang takdapat and second try, aku doa sekali je "Ya Allah, tolonglah aku" dengan serta merta cermin mata dapat dikeluarkan smoothly.

Pastu bilas2 gitu je and pakai. Eh taklah gila ko. Dahla bernajis. Aku diam-diam redah bilik cek gigi basuhkan specs guna alkohol ngan hand sanitizer hehehe.  Doktor yang suruh aku amek glove tu dengan baik hati tanya dah rendam ke. Aku macam ade beza ke rendam ngan air paip ? tapi tu just kata hati je. Aku jawab la belum, pastu doktor mintak bekas and tuangkan cecair chemical kat bekas tu. Aku perasan ada tulis spirit. Hah spirit la kot. Pastu spirit tu campur sket ngn air biasa.

Setelah setengah jam rendam cermin mata, maka cermin mata selamat disterilkan. Ada classss kan steril cermin mata? hahah. Tapi spirit tu mcm menghakis sket and mak aku kata rendam besi semalaman pun blh terkakis inikan pulak plastik.

So now, im wearing the specs like usual.