Wednesday 16 December 2015

Buat pelajar PT3/2015 : Aliran mana lagi best untuk form 4 ?

ASSALAMUALAIKUM :)
Haih dah lama tak update blog, tiba-tiba pula update entry gini huhuhuhu. Tak, actually saja nak share setelah berjaya menamatkan sesi persekolahan sobbs :'(. Lagipun ada adik yang ambil PT3 tahun ni, so macam lagi bersemangat nak share tentang aliran yang akan korang duduki/pilih next year walaupun si adik tew takkan baca pun entry ni. Hakak dia je syok sendiri hahaxx malu itew :3
Punya besar gambar, aku tak tahulah kecacatan template ni. Semua gambar dia nak besarkan grrr.
My experience more to Accountancy tapi aku akan share serba sedikit about Science stream dan Perdagangan berdasarkan pengetahuan aku cuma tak sebanyak akaun lah. Weh kau nak tahu dulu aku time form three, memang memperlekehkan habis lah akaun sebab aku rasa akaun loser gila and memang sangat berharap dicampakkan ke kelas Sains. At last aku ditakdirkan ke kelas akaun walaupun hampa plus minat memang zero sebab sains dapat B masa PMR(2013). Tapi alhamdulillah senang dipupuk sebab cikgu bermulut manis huhuhuhu.

1. Okay straight to the point, aku cerita pasal Sains stream dulu lah sebab korang kan suka benda yang grand-grand dan nampak macam "perghhhh hebatnya kau, budak sains siut" akui je lah sebab aku pun pernah nak jadi macam tu tapi tak tercapai sobsss. Sekiranya korang memang bercita-cita nak jadi doktor, engineer dan apa-apa sahajalah yang memerlukan logic sains. Korang sangat dipersilakan utk stream ini. Tapi! yesss ada tapi. Tapi make sure otak korang mempunyai 64GB. Sebab banyak kena hafal woo. Aku memang berserah je lah bab menghafal ni. Mostly bila lepas exam je muka dak-dak sains mesti macam "aku berpasrah kepada yang Esa" haa gitew. Dan biasanya kalau subject like chemist, bio and fizik dapat B kira okay sangat. Okay tu je yang aku tahu.

2. Next, of course Accountancy. Sesiapa yang sangat cintakan nombor memang this is the right stream. Almost everyday korang akan kira-kira dan kalkulator diibaratkan nyawa. Tapi benda ni didorong juga atas subjek addmath and math mod. Dan yang paling penting korang kena faham konsep itu je dah memadai sebab subjek ni takde nak hafal sangat. If kefahaman korang kuat, A tu takde masalah. Nasihat aku sila lah ambil tusyen. Akaun ni jugak mcm math, kena banyak buat latihan. No exercises, no succcess. Yang bestnya, akaun ni ada buat kerja kursus dan markah 20% so korang kena all out untuk ini sebab markah dikira time SPM. Tapi ada certain sekolah, akaun dicampur dengan chemist dan fizik. Ha ni agak malang sebab kau kena work hard. Padan muka :P

3. Last but not least, Perdagangan. Bagi mereka yang takde masalah membaca, subjek ni mungkin boleh disesuaikan dengan idiom "Just a piece of cake" ceh poyo. Aku pernah juga selak2 buku teks perdagangan, aku tengok tak banyak kiraan means that banyak membaca dan memorising. Yang ni aku recommend untuk hangpa yang rajin membaca dan mengingat tok sah pening kepala nak mengira. Tapi aku ada kawan yang ambil perdagangan and result dorang selalu kot dapat B, dorang jugak ambil tusyen. Emmm musykil juga . Mungkin ada la yang susah2 tu.

Walaubagaimanapun, korang boleh tukar ke stream lain if korang tak boleh catch up stream yang sedang korang duduki. Tapi mestilah tukar awal2 macam dua minggu awal Januari. Jangan dah form five baru nak tukar. Memang taklah weh. Masa nak tukar tu dia bagi soalan-soalan dan dinilaikan mengikut kecenderungan korang. Soalan tu dahla ulang benda sama, bosan haku. Soalan tu aku tengok time kat bilik kaunseling sebab time tu cikgu kaunseling relief kelas aku. Haa tu je la nasihat saya. Eh lagi satu, pleaseeee pilih stream yang benar dan sesuai dengan minat. Jangan menyesal time lagi dua bulan nak SPM.

Sekian wassalam.

1 comment:

  1. account? wow. even my dad kata susah. teringin juga rasa mcm nak ambil akaun bila f4 nanti, tapi tu la. kita tahu kita punya limit kan :)

    ReplyDelete

No Spam. No rude comment. :)