Monday, 28 December 2015

Kena tipu. Sedih. Depressed. Huks.

ASSALAMUALAIKUM :)

This picture supposed to be at previous post yang jatuh jamban tu tapi saje tempek sini hehehe.
Hari Sabtu lepas aku spend time dengan family mandi dekat Sunway Lagoon. At first aku letak specs dekat locker yang disewa but lepas dah settle mandi-manda aku malas nak pakai and just letak kat pocket seluar huhuhu. Rasa tak patut letak kat seluar, mana tahu tiba-tiba terpatah dua kang habisss... dah la tak sampai setahun.

Pastu bila dah sampai rumah aku keluarkan specs and letak kat atas apatah namanya tapi dia macam ni laaa...
Haaa nampak kegigihan aku search laman web Ikea huhuhu.

Bila dah lama-lama rasa macam ada something dekat pocket. Macam pen. Bila aku keluarkan...Ya Allah! hah suspend takk? Cermin mata yang sangkut kat telinga tu patah huhuhu tapi sebelah jelaa. The next day, alang-alang nak beli barang sekolah adik-adik aku kirimkan abah aku specs hanto kedai untuk repair.

Okay, ni yang aku nak cerita part kena tipu tu. Balik je dari repair tu aku tanya mama "berapa?" means that berapa upah repair lah. Mama cakap RM 5. And aku just like Ohhh.. takde niat nak bayar pun, just nak tahu jurr hahaha hodoh perangai.

Tak lama lepastu, abah cakap RM 50! and aku pun laju jela cakap "Eleyyy takyah nak tipu RM 5 je" tetiba adik aku menyampuk " eh bukan free ke?" Hah kat sini lah memasing gelakkan aku. Sama-sama berkerjasama nak memperdayakan insan yang lemah ni :3

Nine #DEAD question from Sarah lalala

ASSALAMUALAIKUM :)

Ceyyy dead question konon. Tak, saja nak bagi gempak haha :P
Amboiii rajin dia tanya2 soalan, rasa macam artis pulak hikhok :P Maaf, agak lambat respond sebab nak update blog ni kena ada mood jugak huhuhu. Karang kalau update time tengah emo, takut tak menjawab soalan pulak. Bila mood dah okay, baru best nak jawab soalan. Banyak soalan pun takpe :)

1. Nama panggilan dalam blog.
Aku dan Aina.

2.Currently studying or working? Kat mana?
Menganggur huksss :'(

3. Paling minat dalam bidang apa?
Accountancy, Law and History. Eh dah macam matapelajaran kegemaran pulak --'

4. Suka baca buku/novel genre apa?
Sci-fi, action dan thriller. Sebabtu aku anti gila dengan novel cinta-cinta yang tajuk dia macam "sayang awak @#$%^&*","love you suamiku muah...muah","cintaku infiniti" apa-apa jurr :3

5. Paling selalu bukak blog pukul berapa dan hari apa?
Tak kira waktu

6. Describe your personalities.
Kalau orang tak kenal aku confirm kena cop sombong sebab saya malu nak tegur orang huhuhu. Not so talkative sebab aku tak tahu nak cakap apa. Entahlah aku rasa aku biasa-biasa je. Tak best pun :P tapi nak kawan apa salahnya....

7. Dah berapa lama/tahun berblogging?
5-6 tahun kot

8. Describe blog 'sarahlalala' dengan ownernya sekali. [sokayy, i want a sincerely from yur heart :)]
Still tak boleh move on dengan header dia yang cantik sangat tew. Owner http://messarah.blogspot.my/ ? mana aku tahu hang :P

9. Umur tahun 2015?
Tujuh belas/2015.

Majority blog yang sarah tagged, jawab soalan macam esei Sejarah kertas 3. Wow begitu bersemangat yang jitu lagi ampuh dan bersatu padu. Okay sebenarnya kat sini korang boleh nampak aku ni pemalas orangnya sebab jawab soalan pendek-pendek. Alah terkantoi. 

Tuesday, 22 December 2015

Cermin mata jatuh dalam lubang jamban TT^TT

ASSALAMUALAIKUM :)
Cermin mata telah selamat dijatuhkan ke dalam lubang jamban pada hari Jumaat. Yeay! dan alhamdulillah masih boleh diselamatkan huhuhuhu. Tak sampai setahun kot pakai dah terjatuh.. sebelum ni baca kat blog orang dan takde perasaan pun bila dorang cakap cermin mata dorang jatuh kat jamban. Bila dah kena kat batang hidung sendiri. Hah! merasa la kau!

Weh! jamban cangkung pulak tu dan pastinya bukannya jamban kat rumah. But kat klinik. Yeah! nice place. Time tu aku ikut mak aku gi tempat kerja beliau aka klinik gigi. Terbantut nak menunaikan hajat. Time tu aku sangkut cermin mata dekat baju, gedik sangat tak nak pakai. Entah kenapa. At last meluncur jatuh masuk ke lubang.

Aku keluar tandas sambil tu cari sesapa yang ada kat depan tandas. Gratefully ada kakak sedang mengelap cermin mata beliau then, aku mintak tolong akak tu jaga kan tandas jangan bagi sesape masuk. Buat macam tandas sendiri pulak. Tapi aku tak sempat nak ucap terima kasih kat akak tu.

Aku gi pantry and alhamdulillah kebetulan doktor tengah duduk2 kat situ so aku minta plastik yang besar. Dorang pun cecepat tanya kenapa and aku jawab cermin mata jatuh. Ada lagi sorang doktor siap suruh amek glove lagi hahah. Aku apa lagi redah je bilik cek gigi tu amek glove.

Siap untuk memasukkan tangan hingga ke paras siku ke lubang jamban. Yeayyy!! silapnya aku termasuk tangan kanan huhuhu tapi takpe, dah sarung glove and plastik. First try nak amek aku saja capai2 tanpa berdoa, memang takdapat and second try, aku doa sekali je "Ya Allah, tolonglah aku" dengan serta merta cermin mata dapat dikeluarkan smoothly.

Pastu bilas2 gitu je and pakai. Eh taklah gila ko. Dahla bernajis. Aku diam-diam redah bilik cek gigi basuhkan specs guna alkohol ngan hand sanitizer hehehe.  Doktor yang suruh aku amek glove tu dengan baik hati tanya dah rendam ke. Aku macam ade beza ke rendam ngan air paip ? tapi tu just kata hati je. Aku jawab la belum, pastu doktor mintak bekas and tuangkan cecair chemical kat bekas tu. Aku perasan ada tulis spirit. Hah spirit la kot. Pastu spirit tu campur sket ngn air biasa.

Setelah setengah jam rendam cermin mata, maka cermin mata selamat disterilkan. Ada classss kan steril cermin mata? hahah. Tapi spirit tu mcm menghakis sket and mak aku kata rendam besi semalaman pun blh terkakis inikan pulak plastik.

So now, im wearing the specs like usual.

Thursday, 17 December 2015

Lepas SPM nak buat ape? Huhuhu.

ASSALAMUALAIKUM :)
Seperti yang korang tak tahu, sebenarnya aku convert semua post lama2 aku ke draft, tak sampai hati nak delete. The reason is kebanyakan post lama2 aku merepek-merepek mengarut semua lah dan memalukan kalau kenalan aku baca huhuhu. Berbalik kepada topik, apa yang nak buat lepas SPM? sebaik sahaja tarikh 2 December 2015 aku tak rasa sangat merdeka walaupun SPM dah berakhir. Mungkin time tu tak berapa sihat menyebabkan aku tak berapa nak gembira. Ecececeh padahal dalam gambar bukan main lagi

Seronok betul aku.
Sebenarnya lepas SPM ni aku memang duduk rumah jaga adik-adik kesayangan evahh. Tak plan nak hang out mana-mana. Walhal sebelum SPM aku dah plan dengan penuh rapi iaitu sebaik sahaja SPM tamat aku nak cari kerja esoknya dan download movie banyak-banyak dan tengok movie banyak-banyak. Tapi itu hanyalah indah khabar dari rupa sahaja. Apa yang aku buat hanya 15% dari plan.

Dalam 2 minggu lepas SPM aku baru terhegeh-hegeh nak cari kerja. Pergi sana full pergi sini full hanya beberapa kedai je yang sudi terima :'(( tapi apakan daya. Huh dramatik sunggohhh no...
Selepas kepenatan cari kerja, makan dulu.
Terima kasih mama sudi kesana kesini teman I cari koje. Eh dalam gambar tu bukan mama aku, itu kawan aku kang ada kesalahfahaman pula. Now, tunggu panggilan je lah. Cepatlahhhh call... berapa lama lagi nak menganggur.

Sebelum menamatkan entry ini, tatap lah beberapa keping gambar nak buat entry lain kang macam ada orang baca hehehe.

Graduation day bersama sifu Matematik.
Throwing the papers on the last day of SPM like a coolie boss.
Ini lah tempat aku menimba ilmu selama 5 Tahun. Banyak cerita pahit manis kat sini. Buat setakat ni belum ada perasaan rindu kat sekolah. Emmm mungkin mengambil masa sket.